Wednesday, January 03, 2007

Tahun Baru dan segala rasa

Tahun baru takde sebarang bezanya pada aku. Tanpa azam yang kukuh. Tanpa cita-cita menggunung. Begitulah aku. Seorang pejuang yang tewas. Seorang pelari yang lelah. Takde membawa sebarang makna yang boleh membuka mata orang keliling. Aku tetap juga seorang yang sering dilukai. Dikhianati keprcayaan. Aku sudah letih. dengan watak "orang kalah" sejak 3-4 tahun ni. Pemuja dari jauh..yang sering tersilap pandang pada yang benar. Terlalu rakus memilih "kaca" yang punya kilauan palsu.

Telah lama kuhidup melara..
Telah ku gagal dalam bercinta..
Kini kau datang dengan seribu bintang..
Bintang yang dulu sembunyi..
Bintang yang tiada beerti..

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku..
Aku kan selalu dekat padamu..
Tapi jangan kau hanya coba
Untuk mempermainkan cintaku..
Jangan permainkan cintaku..

...seribu bintang..

Bodoh. Tu la..ingus blom kering dah gatal nak bercinta..kan dah sedih..terluka.
Tahun baru aku mula dengan watak sedih. Jiwa lara...supaya jadi renungan di hari mendatang.
Susah bila zahir tak terucap. Aku tak suka orang hipokrit. Tapi aku sdiri yang hipokrit.
Memang camtu. Sejak dulu lagi. Kalau aku suka sesorang, jgn harap aku nak ngaku. Ego? Tak jugak..sebnarnya -aku sedar diri..ye la..sapa la aku ni. Rupa tak cun. Dressing tak glammer. Aku hanya layak berfantasi je. Hidup dalam dunia ciptaan aku je. ALAM IKAN.


Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu,
Aku ingin menjadi seswatu yang mungkin bisa kau rindu
Kerana langkah merapuh tanpa dirimu
Kerana hati tlah letih

Aku ingin menjadi seswatu yg slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tau bahwaku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Bayangmu seakan akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yg memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada..

Hanya dirimu yang bisa membuat kutenang,
Tanpa dirimu aku merasa hilang..
Dan sepi..

Kau seperti nyanyian dalan hatiku yang memangggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada..

..dealova..


Kenapa aku luah rasa dengan lagu? sebab aku sangat tak reti nak cairkan segala rasa yang sedang membeku dalam ati jiwa bakul aku nih. susah sungguh.
Tahun baru jugak aku nak ingat pada diri sendiri bahawa aku ada sorang sahabat yang susah senang aku dia tak penah hilang. Bila hati ni terguris dan terluka dia muncul..memujuk, megubat menghilang segala pilu. Bila aku rasa angin satu badan, marah tahap dewa, sms dia jugakla yg redakan segala rasa. Aku sungguh sayang makhluk Allah nan sorang ini sebagai sahabat yang tak pernah jemu memberi nasihat. Dan aku sangat takut dengan kebaikan dia dan rasa sayang aku pada dia. Kerana aku takkan mahu kehilangan orang seperti dia. Benar aku sayang dia. Tapi sungguh takut untuk sayang dia..bimbang dia akan hilang dan aku hilang tempat mengadu. (ey..apa aku taip nih..)

Rupanya dia tempat mengadu aku selama nih. Sungguh aku tak perasan selama nih. Kenapa orang yang berkata "sayang dan cinta" kan aku tak pernah ada dan ambik peduli ketika masa sukar aku..? Rasanya tahun ni aku mesti sedar.. Cinta tak kemana. Menambah kedut dimuka ada le. ..bencinyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home