Tuesday, January 23, 2007

Air Mata

..kalau diberi sms camnih..

..Kalau aku adalah air mata..
..Aku ingin keluar dari mata mu..
..jatuh di pipimu..
..dan berhenti pada bibirmu..

..Tapi jika kau adalah air mataku..
..aku takkan biarkannya mengalir..
..kerana, aku taknak kehilanganmu..

********************setelah di edit utk keselamatan dalam negeri..************************

Wah!! kemain kembang semangkuk jiwa bakul nih.
Ntah sapa nyer sms yang dia forwardkan kat aku nih.
Tapi agak berbunga jantung ati..sminit dua je la.
Dah agak berkurun jugakla takde sms camtu..kesian kat aku...kus kus..


Ari ni demam..tapi pi keje gak.Cam baguih. Pagi tadi ingat ok. Tapi sampai la nih, badan rasa seram sejuk, idung plah tersumbat..selsema la. Sebenarnya dari smalam lagi. Ni mungkin kes mandi ujan Saktu ari tuh. Kaw-kaw main ujan. feninnyee..

Saktu ari tu Long n family mai KL. saja jenjalan. Derang p Pameran Tamadun Islam kat KLCC ngan BJ n family. Aku jumpa tengah ari je. Then ikut derang pi soping. Isetan, Parkson.. pas tu balik rehat jap, kul 5 sambung p Sogo plak. sampai le malam. ponek tak hingat. Ari Jemaat tu derang dah borong kat Lot 10. Pas tu Ahad derang sambung menziarah kat The Mall.. eeee.... ntah apa ilmu derang pakai sampai bleh tahan 3 ari berturut-turut p tempat sesak camtu. Itu belom pi Mid veli ngan BTS lagi tuh..mungkin next trip kot...

aku tumpang sonot n lebih sonot bila Long blanjer hahahha! dapatle sekor baju..bedak sbijik..kalau aku tau Long nak bayarkan, harus aku amik henbeg sbijik, kasut sekor, suar skeping..serba berdiri la katakan. Patutla beriya Long duk tanya nak henbeg? nak kasut? Ni baru brapa ari bulan.. lagipon dalam 2 bulan ni aku asik beli baju n kasut. 2 baju , 2 kasut, perfume n ntah hape lagi yg ak rasa tak relevan semata nak tambah mata bonoslink.cet. Aku benci kalau p soping masa kpala otak tengah berkabus..memang akan jadi camni... woi aku penin!!!

Tahun ni rasa nak cincin berlian..
Nak DSLR..
Nak lepak tepi pantai..brekfes atas putih pasir pantai di sebuah pulau..
Nak mengembara..

Di saat ni aku rasa..
Nak neskepi..sesudu stengah neskepi (tsp), gula 1 sude stengah tsp, kremaer 3 sudu stengah (tsp)..pastu dengar muzik..dengan teddy's scent aroma oil..garfield gebu sekor..baca buku citer.. wahh!!

Ohh..aku yang sepi. sesepi jendela terbiar di tepi makam Hang Jebat.. yang setia mengintai Si Jebat yang digelar penderhaka itu.. (eheh..sbenarnye aku takot nak amik gambar Makam Jebat..so aku maik la gambar benda lain...hihii...meremang bulu kening)

..Mungkin jendela ni saksi semadinya Jebat..


Wednesday, January 03, 2007

Tahun Baru dan segala rasa

Tahun baru takde sebarang bezanya pada aku. Tanpa azam yang kukuh. Tanpa cita-cita menggunung. Begitulah aku. Seorang pejuang yang tewas. Seorang pelari yang lelah. Takde membawa sebarang makna yang boleh membuka mata orang keliling. Aku tetap juga seorang yang sering dilukai. Dikhianati keprcayaan. Aku sudah letih. dengan watak "orang kalah" sejak 3-4 tahun ni. Pemuja dari jauh..yang sering tersilap pandang pada yang benar. Terlalu rakus memilih "kaca" yang punya kilauan palsu.

Telah lama kuhidup melara..
Telah ku gagal dalam bercinta..
Kini kau datang dengan seribu bintang..
Bintang yang dulu sembunyi..
Bintang yang tiada beerti..

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku..
Aku kan selalu dekat padamu..
Tapi jangan kau hanya coba
Untuk mempermainkan cintaku..
Jangan permainkan cintaku..

...seribu bintang..

Bodoh. Tu la..ingus blom kering dah gatal nak bercinta..kan dah sedih..terluka.
Tahun baru aku mula dengan watak sedih. Jiwa lara...supaya jadi renungan di hari mendatang.
Susah bila zahir tak terucap. Aku tak suka orang hipokrit. Tapi aku sdiri yang hipokrit.
Memang camtu. Sejak dulu lagi. Kalau aku suka sesorang, jgn harap aku nak ngaku. Ego? Tak jugak..sebnarnya -aku sedar diri..ye la..sapa la aku ni. Rupa tak cun. Dressing tak glammer. Aku hanya layak berfantasi je. Hidup dalam dunia ciptaan aku je. ALAM IKAN.


Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu,
Aku ingin menjadi seswatu yang mungkin bisa kau rindu
Kerana langkah merapuh tanpa dirimu
Kerana hati tlah letih

Aku ingin menjadi seswatu yg slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tau bahwaku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Bayangmu seakan akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yg memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada..

Hanya dirimu yang bisa membuat kutenang,
Tanpa dirimu aku merasa hilang..
Dan sepi..

Kau seperti nyanyian dalan hatiku yang memangggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada..

..dealova..


Kenapa aku luah rasa dengan lagu? sebab aku sangat tak reti nak cairkan segala rasa yang sedang membeku dalam ati jiwa bakul aku nih. susah sungguh.
Tahun baru jugak aku nak ingat pada diri sendiri bahawa aku ada sorang sahabat yang susah senang aku dia tak penah hilang. Bila hati ni terguris dan terluka dia muncul..memujuk, megubat menghilang segala pilu. Bila aku rasa angin satu badan, marah tahap dewa, sms dia jugakla yg redakan segala rasa. Aku sungguh sayang makhluk Allah nan sorang ini sebagai sahabat yang tak pernah jemu memberi nasihat. Dan aku sangat takut dengan kebaikan dia dan rasa sayang aku pada dia. Kerana aku takkan mahu kehilangan orang seperti dia. Benar aku sayang dia. Tapi sungguh takut untuk sayang dia..bimbang dia akan hilang dan aku hilang tempat mengadu. (ey..apa aku taip nih..)

Rupanya dia tempat mengadu aku selama nih. Sungguh aku tak perasan selama nih. Kenapa orang yang berkata "sayang dan cinta" kan aku tak pernah ada dan ambik peduli ketika masa sukar aku..? Rasanya tahun ni aku mesti sedar.. Cinta tak kemana. Menambah kedut dimuka ada le. ..bencinyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!