Saturday, October 28, 2006

Raya Lagi

Hari ni rayer ke 4 dah. esok dah nak balik. aiseh. Alang smalam lagi dah balik Kl.
Takder partner bujang le aku. Tengah ari tadi Bro J n' family baru sampai.
Petang baru bgerak pi umah spupu. Punye le malas nak p sebab dah petang.
Hasilnya, lauk dah tak brapa banyak yang tinggal. cett..

Sebnarnye cuaca untuk raya tahun ni tadek la ceria sangat.
Raya pertama ujan lebat pagi raya. kedua ujan jugak sikit2.
Ke 3 mandom klabu..ari ni..biase biase jek ujan skali dua. Hujan rahmat..


kek lapis. aku tak suka. banyak sangat kaler. rosakkan perut je.



Nih beskut Jakarta. Tadak sapa pun pi Jakarta beli beskut ni. Tapi memang dah nama dia beskut Jakarta. Mungkin seswai dmakan dengan air bandung kot.


fevret aku.Black Forest versi Ngah. Takbleh berenti punye bila dah masuk mulut. Kek & Krimnya sungguh lembut dan ringan. tadak rasa muak. Tiap tahun misti ada menda nih. Sdap ooo..slurrpp!!!

agh malas a nak tulis. Raya situ raya sini..bla bla..




Tuesday, October 24, 2006

Rayaa..!!






Ketupat sebelum dan selepas.
Malas nak tulis apa.aku takbley tido daa.. smua orang dah tumbang. Tinggal aku yang terkulat-kulat sensorang. Sesambil tengok pelbagai aksi anak buah aku yang mengigau. Ada yang act macam orang nak lumba lari. Ada yang buat macam berenag kuak kupu-kupu. Macam-macam ada. Siang tadi penat beraya agaknye.sampai terbawak dlm tido.
Malam raya je aku tidor kul 6 pagi. Ape susah benor nak lelap mata. Bukannye xcited nak beraya sangat. Tapi malam tu sbelum tidor aku sakat anak buah ngan citer antu. Hasilnye aku plak yang terlebih imagine kehadiran antu tuh.aiseh..malam raya kan smua dah tlepas..isyy..
Siang tadi layan tetamu dgn mata kuyu. Pukul 2 ku terus tumbang. ngantok wooo..
Esok Kak Long nak buat open house. Cam biasa aku & Alang diarahkan lapor diri sesudah subuh. Wahh..kerahan tenaga.
Nak tido a. kang tlambat plak. Anak buah aku sorang tu dah kritikal tahap ngigaunye. Siap berdiri tegak kat blakang aku. Konpius gak. orang ke ape nih.. Cekor cekor ahh.. chekor chekor ihh..ekor ekor ahh.. ekor ekor ih/... iiii dia datang duk sbelah aku leee..

Friday, October 20, 2006

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Jumaat dah tiba. hati berdebar. jiwa bergolak.
Penuh harapan. penuh angan nan indah.
Untuk bersama. keluarga dan teman.
Syawal menjelang sabar menunggu.
Tak lama dah 4-5 hari jek lagi.
Berhari raya. bergembira ceria penuh senda.
Hari Raya hari mulia. 1 Syawal penuh berkat.
Maaf dipohon satu persatu. Lupa luka dendam dan nista.
smoga kan riang dan bergumbiraaa...
Slamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
Kenang daku dalam doamu dan jua beskutmu ..ngeh ngeh..

Tuesday, October 17, 2006

raye!

Pasal rindu tak menentu.aku rasa dah tau sebab musabab.
Skarang ni dah 17 aribulan. Aku balik 22 aribulan.
Sebnarnye aku xcited nak balik umah. yieehaa!
Sehari dua ni aku dengan penuh tekun duk kumpul respi
biskut raya. Beskut ceklat cip. Pinut butter. Beskut oatmeal ngan kismis.
Sdapnyeess.

Kakak aku kat kg plak 3-4 kali sehari duk kol.
Dia kata bahan-bahan smua dah redi. Tunggu tukang wat kuwey je.
Aku tahun ni agak berkobar-kobar nak wat beskut raye.
Tercabar bila dapat tau Kikilala terer wat beskut. alahai..

Satu lagi xcited nak shopping. Skarang tadak masa lagi.
Cash pon tak brapa nak ada.
Baju raya dah setel 2 pasang kat kg. aku tak tengok lagi
camana rupabentuk. blasah je le.
kasut raya, handbag raya, perfume raya, lipstik raya,
bedak raya, brooch raya, gelang raya, jam raya--- wahhh meriahnye napsu.
Aku akan beli smuanya ni kalau ada duit jatuh ke meja aku camni gambor nih.

Wahhh pakcik kayooo!!! Kalau le ni duit aku smua. Indahnye raya taon nih.

Yeay yeay hari rayee..!!

Friday, October 13, 2006

kena letak tajuk ke?

Smalam berdebar, hari ni pon berdebar. Tapi lepas aku baca blog Sunan pasal Tanda 100 Hari Sebelum Hari Mati, tetiba rasa tanak berdebar. Mak aih..seriau aku. Aku nak mati ke?

Smuanya atas kehendak Yang Maha Esa.
Oleh itu,

Kepada Kikilala,
Mintak maaf sebab tak reply emel.
Mungkin rasa malas ni satu tanda..

Kepada Nai, Zu.. aku mintak maap. (walaopon ko x tau pasal blog aku)
Tetiba rindu kengkawan lama.
Sori la tak pegi beraya rumah korang nanti, tahun lepas, 2 tahun lepas dan lepas lepas.
Lain kali pindahla dekat sikit kat umah aku.
Senang aku nak pi beraya hari-hari.

Ish. aku trasa sebak plak.

Sebnarnye rasa sangat syahdu ari nih.
Aku rasa rindu. tapi tat tau pada sapa.
Mungkin rindu zaman dedulu kot.
Nak rasa macam dulu.
Cari kad raya spesel to sesorang.

Ter'rindu saat cari tudung untuk konvo.
Ter'rindu babaian masa bas nak bergerak.

Bestnya rindu. Bila lagi bleh rindu aar?

Aku ponin.

Thursday, October 12, 2006

Berdebar

Tetiba aku rasa berdebar debar. gedebuk gedebak..dup dap dub dab.!!
Apsal aa? Aku ada 2 kategori debar. Satu debar saspen. Satu lagi debar excited tak tentu pasal.
Kategori debar ari ni, Debar xcited tak tentu pasal. Debar xcited plak terbahgi 2.
1. debar xcited bila terpesona pada yang indah, manis dan ensom.
2. debar bila rasa tak sabar nak dapat seswatu. Dish..dish..dishh.

Dah lama aku tak berdebar dalam kategori xcited ni. Rasanya xcited bahgian 1 kot. waaa..sonot-sonot. 4 tahun lepas aku debar kategori ni bila bleh main lagu Always Somewhere ngan gitar kapok Wendy si budak tomboy. 2 minggu berturut-turut la jugak aku berulang-alik ke kolej si Wendy semata nak lepaskan gian.hahaha..gilo. Wah dah lama aku tak main lagu tuh. Dah lama aku tak dengor lagu tuh. Dah lama aku tak berjiwang karats.

Oh.. mari kira kita berdebar-debar untuk menghilangkan rasa mengantuk di petang Ramadhan nan mulia ni. ( teruknya aku..spatutnya, "marila kita memenuhi masa lapang dibulan Ramadhan ini dengan baca Quran... ist..tih tih tih..)

Eh apa aku nak tulis sebnarnye ari ni aa?

^ ^
?