Friday, July 07, 2006

Takleh tido

uhuks..uhuks..

aku bukan le penyokong Portugal. bukan gile sangat tongkat mata tengok World Cup. tapi sejak 2 malam ni aku terbangun untuk tengok World Cup. aku pon tat tau knapa bleh terbangun. Oleh kerana keterbangunan ku yang tak diundang dalam 2 ari ni, aku dah jadi mamai, lalok tak tentu pasal. Fenin semacam. Smalam jek aku telan 3 gelas air neskepi, segelas kopi ais, 2 paket Power Root Ali Cafe, Kopi 'O' scawan dan satu Mocca Ice blended. Smuanya nak kontrol kadar penutupan mata aku. Cuma Kopi Jantan je aku tak terai smalam. Nasib baik mata aku tak jammed macam roller shutter kat LRT Klana Jaya.

Hasil daripada himpunan kafein yang terlebih dalam badan aku, kpala aku berputar tak ngikut arah jam. Yang membawa kepada peningkatan kadar metabolisme kat badan aku dan mengakibat kan aku tak bleh tido sampai kul 1 pagi malam tadik walaopon mata aku ngantuk tahap cipan mabuk!!..iii tensen tul aku malam tadik.

Giler tensen..Macam2 gaya aku cuba untuk lelapkan mata. Baca buku motivasi, takleh tido. Cabut rambut gatal, takleh tido gak. Baca sifir lapan, hek ele..tak jadik ape. Kira taik lalat kat muka, laagi hampeh. Aku takleh tido woi!! Kluar masuk kluar masuk bilik. Last, aku pi mop lantai umah..hehehe...penatnyer pasal, letih, kul satu baru bleh tidoh. Kepala lutut betul la.Ceh.
Ingatkan embun sampai ke pagi, rupanya ribut diawal subuh...Tepat kul 3.15 pagi aku terjaga yang buatkan aku terkebil-kebil dekat 1 jam seblom bleh tido balik. Aku pon tak paham dengan Jam yang kat dalam diri aku ni. Tetiba je jadik lain. Tat tau camna nak reset balik supaya jadik normal. Tapi aku rasa tanak ejas dulu, nak tunggu abis WC. Sebab aku nak tengok final nih. hohohoho.. "Kalau rasa gembira main bola...prap prapp!!"
Pagi ni keadaan bleh dikawal lagik. Walaopon emosi terganggu bila teringat Ronaldo menjerit bila free kicknye smalam x menjadi, bola muntah dan ..$#%^$&^$&*$&$&_)+_+*FUHY*&!^H... buduss!!!.. gol depan lubang idung pon tak masuk..cesh.

Skian trima kasey..Err..Neskepi satu!!

3 Comments:

At 5:52 PM, Anonymous Anonymous said...

hmmm....aku pun hantu nescafe...nescafe "O"....klau aku x minum, lagi la aku xleh tido...lepaih layan nescafe baru boleh tido....kalau kilang nescafe tutup...habih la aku....pakai x tidoq la seumur hidup....

 
At 3:54 PM, Blogger l4dibird said...

ncik May13th, aku bukan antu neskepi je. sgala jenih yang berperisa kopi. Kalau ada durian perisa kopi pon aku makan hari hari, petai perisa kopi. jering cafe latte. budu mocha ice blended.. baik kita sama-2 bukak kilang kopi sbelom diorang tutup kilang semata-mata dengkikan kita yang minum kopi penuh gaya nih.. nakk?!!

 
At 1:46 AM, Anonymous Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read » »

 

Post a Comment

<< Home